CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, November 14, 2008

Tugasan 3

Merancang

  • mengenal pasti tajuk besar yang hendak disampaikan
  • mengenal pasti kesesuaian tajuk yang hendak disampaikan kepada masyarakat
  • menghuraikan isi-isi yang penting untuk tajuk itu
  • mengambil isi-isi penting sahaja
  • meringkaskan ayat supaya tidak panjang berjela dan memeningkan pembaca
  • mengambil gambar-gambar yang menarik dan sesuai untuk dipaparkan kepada pembaca

Memantau

  • mendengar komen-komen yang diberikan untuk mengetahui tahap keberkesanan brosur itu kepada masyarakat
  • memastikan brosur itu diagihkan kepada masyarakat yang berisiko dahulu supaya mereka dapat mencegah kemudian barulah diberikan kepada orang lain
  • terangkan kepada pembaca tentang maklumat yang terdapat dalam brosur itu serta menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh pembaca
  • memastikan pembaca faham tentang apa yang hendak disampaikan kepada mereka
  • pesan kepada pembaca supaya menyebarkan maklumat itu kepada masyarakat yang lain

Menilai

  • masyarakat faham tentang apa yang hendak kita sampaikan kepada mereka
  • kita boleh menilai kefahaman mereka terhadap maklumat itu dengan menanyakan soalan kepada mereka
  • mereka dapat menjawab soalan yang kita tanya dengan baik
  • masyarakat dapat menyebarkan maklumat yang hendak kita sampaikan kepada ahli keluarga serta kawan-kawan
  • maklumat yang hendak disampaikan berkesan untuk mencegah sesuatu penyakit itu daripada merebak atau terjadi

Penggunaan pemproses perkataan (word) dalam bidang kejururawatan

  • dapat menyebarkan maklumat-maklumat penting tentang penyakit-penyakit berjangkit, merbahaya dan sebagainya
  • dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan diri untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit yang tidask diingini
  • dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga kebersihan persekitaran untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit berjangkit terus merebak dengan mudahnya
  • masyarakat dapat menambah pengetahuan tentang perubatan serta cara-cara pencegahan sesuatu penyakit itu

0 comments: