CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, November 14, 2008

Tugasan 5

Merancang

  • mengetahui cara untuk menggunakan microsoft excel
  • membuat perancangan untuk pembelanjaan apa atau maklumat lain
  • mengetahui kadar masa yang perlu direkodkan

Memantau

  • sentiasa memperbaharui pembelanjaan di excel
  • merekod keluaran dan kemasukan data-data pembelanjaan
  • membandingkan pembelanjaan yang telah dikeluarkan setiap bulan

Menilai

  • memastikan pembelanjaan keluar dan masuk telah direkodkan dengan betul
  • pengiraan yang dibuat betul
  • menggunakan formula yang betul untuk mendapatkan jumlah yang betul dan tepat

Penggunaan perisian hamparan elektronik (excel) dalam bidang kejururawatan

  • dapat merekodkan pembelanjaan yang telah dikeluarkan dalam masa-masa tertentu
  • dapat mengenal pasti jumlah pembelanjaan yang telah dikeluarkan dalam satu-satu masa
  • dapat mengetahui kemasukan dan keluaran sesuatu keperluan
  • dapat membandingkan setiap pembelanjaan yang telah dikeluarkan pada satu-satu masa

Tugasan 4

Merancang

  • mendaftarkan diri di metaku
  • mengenal pasti enjin yang hendak digunakan
  • mengenal pasti maklumat yang hendak dicari

Memantau

  • melihat maklumat yang terdapat dalam setiap enjin
  • membandingkan kesemua enjin untuk mendapatkan maklumat yang terbaik
  • membandingkan maklumat yang dapat daripada berlainan enjin pencarian

Menilai

  • menilai maklumat yang didapati daripada enjin yang berlainan
  • menilai kelengkapan maklumat yang diperolehi daripada enjin yang berlainan
  • menilai kemudahan untuk mencari maklumat di enjin yang berlainan

Penggunaan pencarian maklumat dalam bidang kejururawatan

  • memberikan maklumat yang tepat dan padat untuk maklumat mengenai perubatan
  • memudahkan pencarian maklumat
  • pencarian maklumat dapat dicari dengan cepat dan mudah
  • mendapat maklumat-maklumat terbaru mengenai dunia perubatan
  • gambar-gambar, video-video serta maklumat mengenai sesuatu boleh didapati dengan mudah

Tugasan 3

Merancang

  • mengenal pasti tajuk besar yang hendak disampaikan
  • mengenal pasti kesesuaian tajuk yang hendak disampaikan kepada masyarakat
  • menghuraikan isi-isi yang penting untuk tajuk itu
  • mengambil isi-isi penting sahaja
  • meringkaskan ayat supaya tidak panjang berjela dan memeningkan pembaca
  • mengambil gambar-gambar yang menarik dan sesuai untuk dipaparkan kepada pembaca

Memantau

  • mendengar komen-komen yang diberikan untuk mengetahui tahap keberkesanan brosur itu kepada masyarakat
  • memastikan brosur itu diagihkan kepada masyarakat yang berisiko dahulu supaya mereka dapat mencegah kemudian barulah diberikan kepada orang lain
  • terangkan kepada pembaca tentang maklumat yang terdapat dalam brosur itu serta menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh pembaca
  • memastikan pembaca faham tentang apa yang hendak disampaikan kepada mereka
  • pesan kepada pembaca supaya menyebarkan maklumat itu kepada masyarakat yang lain

Menilai

  • masyarakat faham tentang apa yang hendak kita sampaikan kepada mereka
  • kita boleh menilai kefahaman mereka terhadap maklumat itu dengan menanyakan soalan kepada mereka
  • mereka dapat menjawab soalan yang kita tanya dengan baik
  • masyarakat dapat menyebarkan maklumat yang hendak kita sampaikan kepada ahli keluarga serta kawan-kawan
  • maklumat yang hendak disampaikan berkesan untuk mencegah sesuatu penyakit itu daripada merebak atau terjadi

Penggunaan pemproses perkataan (word) dalam bidang kejururawatan

  • dapat menyebarkan maklumat-maklumat penting tentang penyakit-penyakit berjangkit, merbahaya dan sebagainya
  • dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya menjaga kesihatan diri untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit yang tidask diingini
  • dapat menyedarkan masyarakat tentang pentingnya untuk menjaga kebersihan persekitaran untuk mengelakkan daripada sebarang penyakit berjangkit terus merebak dengan mudahnya
  • masyarakat dapat menambah pengetahuan tentang perubatan serta cara-cara pencegahan sesuatu penyakit itu

Tugasan 2

Merancang

  • mengenal pasti tajuk besar yang ingin disampaikan
  • menganalisa kesesuaian tajuk itu untuk masyarakat
  • mengenal pasti tajuk kecil yang ingin diberikan kepada masyarakat
  • membuat rangka untuk tajuk yang telah dipilih
  • pastikan ayat yang digunakan dapat difahami semua orang

Memantau

  • melihat komen yang diberikan terhadap persembahan
  • melihat jumlah orang yang melihat tugasan yang kita lakukan
  • membalas komen yang diberikan
  • menerima komen yang diberikan sebaik mungkin untuk membaiki kesilapan kita sendiri
  • sentiasa menambah baikkan persembahan kita untuk membuat yang terbaik

Menilai

  • hasil kerja kita dapat diketahui tahap kesempurnaannya dengan membaca komen daripada penbaca
  • hasil kerja dapat dinilai dengan mendengar komen daripada kawan-kawan sebelum ia dipersembahkan kepada orang lain
  • para pembaca dapat memahami apa yang kita hendak sampaikan kepada pembaca

Penggunaan perisian persembahan multimedia dalam bidang kejururawatan

  • dapat menyampaikan maklumat kepada masyarakat tentang perkembangan terbaru mengenai dunia perubatan
  • dapat mencegah dan mengurangkan penyakit yang dapat merebak kepada masyarakat
  • menyedarkan masyarakat tentang pentingnya kesedaran bagi setiap orang terhadap sesuatu perkara
  • dapat menyebarkan maklumat mengenai sesuatu penyakit yang merbahaya

Tugasan 1

Merancang
  • memastikan kita mempunyai email sendiri
  • pastikan kita telah mendaftar di Yahoo Group yang kita kehendaki
  • kenal pasti perbincangan yang hendak dibincangkan
  • kenal pasti kawan-kawan yang terlibat dalam sesuatu perbincangan itu
  • pastikan perbincangan yang hendak dibincangkan bersesuaian dengan group tertentu

Memantau

  • memberikan maklumat-maklumat yang terbaru tentang perbincangan yang dibincangkan
  • melihat respon kawan-kawan tentang perbincangan yang dibincangkan
  • membalas respon kawan-kawan tentang sesuatu perbincangan
  • pastikan tiada kawan-kawan yang menyimpang dari tajuk asal perbincangan
  • selalu membuka dan melihat respon-respon serta maklumat-maklumat terbaru di email group

Menilai

  • perbincangan yang dibincangkan mendapat kata putus yang memuaskan semua pihak
  • mendapat respon-respon yang menggalakkan daripada kawan-kawan
  • kawan-kawan tidak ketinggalan mengenai maklumat-maklumat terbaru tentang sesuatu perbincangan itu

Penggunaan perbincangan elektronik dalam bidang kejururawatan

  • dapat mengetahui informasi-informasi terbaru mengenai kejururawatan
  • dapat menambah pengetahuan mengenai jururawat yang ada di seluruh negara
  • dapat mengetahui tentang perkembangan terbaru mengenai masalah kawan-kawan yang terlibat dalam bidang kejururawatan
  • dapat bertukar-tukar maklumat sesama kawan apa-apa informasi dalam jururawat
  • dapat berkongsi masalah mengenai kejururawatan bersama kawan-kawan